Followers

Tuesday, September 19, 2017

HUT KE 50 "THE OLD BUT FAITHFUL IRON BIRD...NURI"

17 September 2017....TUDM telah menganjur HUT ke 50..5 dekad..1/2 abad Nuri menyumbang bakti kepada pembangunan dan keselamatan negara Malaysia tercinta ini di Wisma Perwira KEMENTAH. Sebaik sahaja pihak penganjur menguar-uarkan dalam WhatsApp, saya terus tempah tiket ETS dan hotel. Saya memang looking forward untuk hadir ke majlis ini. Almaklum saje le...saya memang passionate tentang Nuri.

Saya juga telah menghubungi Mej Benjamin Lee di New Zealand dan Lt Kol Richard Jalleh TUDM (B) di Perth, Australia, mengenai majlis ini. Mereka turut teruja untuk menghadirinya.

Jadi, pada 17 Sep 17, saya dan Mej Hussein Shah dari Jitra sementara Lt Kol Harun Ayob dari Arau berlepas ke KL menaiki ETS. Kapt Ismail Bakar turut pergi ke KL tapi menaiki ETS dari Sungai Petani lewat sikit. Semua dok kat NU Hotel, Brickfields.

Saya bersyukur kerana pihak penganjur sedia mengatur pengangkutan dari hotel ke Wisma Perwira, KEMENTAH dan balik.
Sementara menunggu 2 orang lagi turun, veteran ini dan Lt Kol Harun sempat bergambar

Veteran dari utara Semenanjung sempat bergambar depan hotel 6 bintang sementara menunggu kenderaan. Dari kiri: Hussein Shah, NIBS, Harun, Ismail

Dari kiri: F/Sjn Peter Nunis, PW1 Aru, ???, Lt Kol Azmi Ibrahim, NIBS, PW1 Pak Singh, ???, Kapt Mohd Zom, PW1 Mutalib, Mej Ismail Terapshah

Bersama Mej Ben Lee dan Ailsa

Sebahagian daripada para hadirin

Dari kiri: Brig Jen Dato' Hussein, Brig Jen Dato' Rosli, Lt Kol Khairuddin, Mej Raja Badrul, Lt Kol Affendi, NIBS, Pak Singh, Kol Mohd Amin

Dari kiri: PW1 Abdullah Basirun, Jen TS Yunus Tasi, PW1 Salehuddin, Lt Kol Richard Jalleh, NIBS, PW1 Mohd Isa, AVM TS Sulaiman Sujak

Bersama Mej Jen Dato' Fauzi Hussein

Bersama Lt Kol Leong F.S. PTU dan Mej Peter Wong

Bersama Brig Jen Raja Ahmad TUDM

Anugerah dari Sikorsky kepada para penerima PTU

Saya juga bersyukur kepada-Nya kerana penganjur tidak melupai 5 wira TUDM yang KIA pada 26.4.1976 semasa Op Gubir 11. Pihak penganjur telah mengundang Raizal Faris, anak kepada arwah Kapt (U) Mustaffa Kamal, dan Wan Muzaffar, anak arwah Wan Munsif.

Dari kiri: Raizal Faris Mustaffa Kamal, Lt Jen Dato' Sabri Adam, NIBS, Wan Muzaffar Wan Munsif

Saya ada 2 objektif menghadiri majlis. Yang pertama sudah pasti nak jumpa long-lost friends. Yang ke2 ialah untuk mengambil tanda tangan para responden yang saya temu bual untuk kajian saya. Saya pakai redah saja suruh mereka sign sehingga sorang tu kata saya ini macam ceti...dengan 1 briefcase dan kertas untuk depa sign. Ceti...ceti le...janji transkrip ditandatangani. Dalam kesibukan ini, jujur saya katakan saya hanya sempat ambil mushroom soup, seketul bun, dan sedikit ketul ayam.

Saya bersyukur kepada-Nya kerana akhirnya sumbangan PW1 Salehuddin bin Ahmad yang terkenal dengan "Saleh Stretcher" diiktiraf dan diberi penghormatan untuk berucap di atas pentas. Mungkin ramai yang tidak menyedari, panggilan Saleh Stretcher berkekalan sehingga kini walaupun strecer yang digunakan sekarang dibekal oleh pembekal, tidak lagi dibuat di bengkel pangkalan.

Bila kenderaan hantar balik ke Brickfields, baru rasa lapar dan yang 3 orang lagi menemani saya pi pekena tosai dengan air suam. Sorang itu sempat pekena roti canai lagi...he...he...he.

 Pekena tosai pada jam 0100 18.9.17

Saya dan Harun berlepas balik dengan ETS jam 0705 sementara yang 2 orang lagi lewat sikit.

Saya juga bersyukur kepada-Nya kerana dapat menghadir majlis ini. Mungkin ini kali terakhir saya menghadiri majlis besar-besaran yang membabitkan Nuri. Saya dimaklumkan No. 7 Skuadron, PU Kuching, akan menganjur sambutan HUT 50 tahun penubuhan Skuadron pada 2018. Saya tak mungkin hadir kerana saya tidak pernah berkhidmat di skuadron tersebut.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan TERIMA KASIH kepada TS PTU, Mej Jen Dato' Johar Razali, Kol Kahar, Mej Anuar, ahli2 jawatankuasa, dan kesemua mereka yang terlibat menganjur majlis yang begitu bermakna kepada saya dan menyediakan kenderaan untuk kami ber4.

3 comments:

Mohamed Fadhil said...

Alhamdulillah. Nikmat kemerdekaan hasil titisan darah dan peluh perwira negara.

onguard said...

Sekalung penghargaan buat wira negara yang menerbangkan Nuri untuk mempertahankan negara. Saya dibesarkan dengan bunyi pesawat TuDM baik Nuri, Carribou dan Alouette kerana rumah saya berhampiran PU Sungai Besi...Boleh dikatakan dengar bunyi dah boleh tahu pesawat apakah yang sedang melintas atas bumbung rumah... Semuanya kini tinggal kenangan.

zulfadli wahab said...

Kpd yg gugur di medan juang mahupon meninggal dunia..Al Fathih semoga ditempatkan dlm golongan di rahmati oleh Allah,aamiin. kpd yg masih bertugas di doakan sentiasa dlm lindungan & rahmat Allah..kpd yg dalam pencen,kesihatan perlu di jaga...teruskan perjuangan ...