Pengikut

Selasa, 1 November 2016

Helicopter Pilots Reunion 2016

30 Oktober 2016....HELICOPTER REUNION 2016 DI WISMA PERWIRA, KEMENTAH, KUALA LUMPUR.

Saya ni memang malas bebeno nak pergi ke KL melainkan sekiranya betul2 sangat diperlukan. Tapi, kali ini saya memang looked forward untuk menghadiri majlis Reunion ini. Malah saya awal2 lagi dah tempah tiket ETS (Platinum) ke KL dan tempah bilik hotel berhampiran dengan KL Sentral. Kebetulan pula Lt Kol Harun Ayob dari Perlis juga nak pergi. Kami naik ETS yang sama dan kongsi bilik. Reunion ini adalah kali ke3. Yang pertama saya tidak hadir kerana ada urusan. Yang ke2 juga saya tak hadir kerana penganjur kata Reunion itu untuk meraikan ke 50 tahun Alouette berada dalam inventori TUDM. Sementelah saya bukannya Alouette operational pilot sepanjang berkhidmat dalam TUDM, jadi tak hadir. Kali ini, memang saya nak hadir.

Ingatkan naik Platinum ini saya pasti sempat le buat window shopping kat KL Sentral yang mengikut jadualnya lebih kurang jam 1430. Saya juga looking forward naik ETS kerana ramai rakan kata memang hebat instrumen komunikasi ini. Sehingga ke Ipoh, memang begitu lancar. Tiba di Ipoh, kami terpaksa meneruskan perjalanan dengan menaiki bas ke Kampar kerana gerabak simen yang tergelincir berhampiran Batu Gajah... apa nak dikatakan. Bukan KTM sengajakan. Masalahnya, pemindahan kami ambil masa hampir 3 jam...eh...eh...eh. Dari Kampar, naik Komuter untuk perjalan seterusnya. Saya tak pernah naik Komuter. Bila ditanya kepada Pak Guard, dia kata 'free seating'. Jadi saya naiklah. Yang peliknya, saya perhatikan mengapa koch tu hanya perempuan saja. Depa pula senyum saja lihat saya. Tu memang tak hairanlah kerana, maklumlah depa tengok orang hensem ini...he...he...he. Bila saya terbaca apa yang ditulis di dinding gerabak di hadapan saya, koch ini hanya untuk kaum Hawa....Ya Allah, malunya! No wonder le....Tapi duduk juga le kerana dah tak ada seat.

Kami tiba di KL hampir jam 1800 dan checked in di hotel pada 1830. Inilah yang dikatakan....kita hanya mampu merancang, Allah menentukannya. Apa pun, syukur alhamdulillah selamat sampai. Kol Zainal Piee TUDM (B) jemput kami lebih kurang jam 1930. Sebelum trip ini, saya dicadangkan bawa buku kerana mungkin ada orang nak beli. Jadi bawa 12 saje. Nak bawa banyak tak pasti orang nak beli dan lagi buku2 ini berat sangat. 1 buku beratnya melebihi 1 kg.

Ramai yang hadir, lebih kurang 270 orang.

Dari kiri: Mej Jen Dato Seri Sharbe TUDM, Mej Hassim TUDM (B), NIBS, Mej Ahmad 'Peng', Mej Sawaluddin, Mej Jen Dato Karim TUDM (B). Saya mengganti Sawaludin sementara Hassim mengganti saya sebagai Ketua No 5 Skn. Dato' Sharbe juga seorang mantan Ketua No 5 Skn. 

Dari kiri: Lt Kol Husaini TUDM (B), NIBS, Lt Jen Sabri Adam TUDM, Brig Jen Ranjit Singh TUDM (B), Mej Dato' Sim K.P., Lt Kol Ismail 'Gayong' TUDM (B)

Dari kiri: Kapt Abd Manan Mansor, Lt Kol Ooi A.B. TUDM (B), NIBS, Lt Jen Dato' Nawi Alias TUDM (B) 

Bersama Kol Zainal Piee TUDM (B) & Mej Jen Dato'  Ibrahim Hashim TUDM (B)

Dari kiri: Lt Kol Norhashimi TUDM (B), Lt Kol Noel Sagayarajah TUDM, Lt Kol Ajir Juman TUDM (B), Mej Hassim TUDM (B), Mej Tai T.F.

Kapt Midzor, Kol Zainal Piee TUDM (B), Mej Jen Dato' Mohd Sulong TUDM (B), Mej Tai T.F., NIBS, Brig Jen Dato' Abdul Rahim TUDM (B)

Bersama Lt Kol Zulkifli, CO 3 Skn

Goodies

Lebih memeranjatkan lagi, semua buku saya habis dijual. Malah, ada juga yang kecewa kerana tak sempat membelinya....Syukur alhamdulillah.

Saya tabek spring kepada Lt Jen Dato' Seri Sabri Adam yang berjaya menganjurkan event yang sungguh meriah....Syabas Dato'. Sepertimana yang diucapkan oleh Brig Jen Dato' Goh S.T., bukan mudah nak menganjur majlis seperti ini dengan hanya mengguna aplikasi WhatsApp.

Pada 31/10, saya dan Harun berlepas dari Sentral menaiki ETS Platinum balik ke destinasi masing. Kali ini tidak perlu menaiki bas dari Kampar lagi. Tapi, KTS berjalan perlahan di tempat kejadian. Kereta yang saya tinggalkan di stesyen keretapi di Alor Setar sedia menunggu, syukur alhamdulillah. Sekarang, saya looking forward menghadiri 50th Anniversary Nuri pada 2017, jika dipanjangkan usia dan diizinkanNya, wallahualam.

La...macam mana saya boleh terlupa. Ucapan terima kasih juga kepada Kol Zainal Piee yang bersusah payah menjemput kami berdua dan, selepas itu, menghantar balik. Sebelum balik, sempat lagi belanja supper walaupun perut dah betul kenyang. Sekali lagi, TERIMA KASIH ZAINAL.