Pengikut

Sabtu, 21 Mei 2016

"FORWARD"

Sambungan dari SINI. Sapa sangka, jika  terterbitnya buku mejar menyebok ini dengan izin Allah yang maha kuasa, "FORWARD"nya dinukil oleh PM...he...he...he.

Semalam, saya telah menulis surat kepada 1 organisasi memohon agar mereka 'menaja' dengan membeli sejumlah buku bersamaan dengan nilai kos pencetakan. Jujur dikatakan, mungkin agak 'berat' sikit, tapi kalau tak cuba, mana nak tahu. Jika dimakbulkanNya, syukur alhamdulillah. Jika tidak, tak apalah...dah tak ada rezeki. Sekurang-kurangnya, saya telah mencuba. Keluar le dari simpanan, insyaAllah. Lepas tu, jaja le ke sana, ke sini...He...He...He.

9 ulasan:

Nizarimi berkata...

Saya baca "forward" ni dalam whatsapp group saya dan terdetik di hati saya yang ianya ditulis sempena buku yang tuan tulis. Benar tekaan saya.

Tanpa Nama berkata...

Assalam tuan...kalau diterbitkan tolong masukkan nama saya dalam list...Mohd Sabri bin Said...terima kasih

Unknown berkata...

Saya amat kagum dengan blog Tn dan sentiasa membacanya untuk menghayati zaman sejarah yang saya telah tertinggal kerana usia saya yg terlalu muda pada masa tu. Bagaimana nak beli buku Tn?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Neoh,

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Jika diizinkanNya, saya akan maklum dalam blog jika penerbitannya menjadi kenyataan, insyaAllah. Buku saya tidak dijual di kedai2 buku. Pembeliannya secara menghubungi saya. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan
Pesawat nuri yang pertama FM1140 atau FM1141?? Minta tolong penjelasan tuan. Terimakasih

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Saudara Anon.,

Terima kasih kerana melayari blog saya. Merujuk kpd emel daripada Sikorsky Archives pada 22 April 2014, FM1140 (FM-1701/M23-01) diterima oleh pihak TUDM di Stratford, Connecticut, pada 13 Dis 67. Sementara FM1141 (FM-1702/M23-02) pula pada 31 Okt 67. Menurut Mej Siran Che Mat TUDM (B), beliau teruja melihat FM1141 di Sikorsky plant semasa menghadiri kursus Airframe/Powertrain Maintenance Course selama 7 minggu yang berakhir pada 10 November 1967. Keterujaan beliau kerana nombor perkhidmatannya ialah 701141.

Sikorsky Archives juga menghantar satu-satunya gambar Nuri membuat penerbangan ujian di Stratford, iaitu FM1141. Sepertimana yang anda sedia maklum, Nuri pertama yang tiba di Port Swettenham dengan kapal "PRESIDENT PIERCE" ialah FM1141 pada Januari 1968, wallahualam.

Mungkin anda boleh menghubungi TUDM untuk mendapat kepastian. Jika terdapat kesilapan fakta, harap maklum kepada saya. Terima kasih.

NatG berkata...

Sir,
Your work in publishing so much of material related to the Nuri and RMAF operations related to that difficult time in history for Malaysia is so very phenomenal ! Kudos to you. Hopefully your effort in sharing all these will document the courage and conviction of your fellow service mates for posterity.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan.
Saya ada melihat gambar nuri FM1140 melakukan resupply mission. Gambar berkenaan berada di muzium TD port dickson

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan. Confirm nuri pertama adalah FM140. Gambar nuri berkenaan tuan boleh lihat di internet- airliner foto fun malaysia seaking sh-3.