Pengikut

Khamis, 3 Disember 2015

Ops Bamboo - Bgh 3

Bersambung dari SINI...

 Seperti yang sudah dijangkakan, helikopter memainkan peranan penting semasa pembinaan kubu2 tersebut. Munurt ACM Sir Peter Le Cheminant, mantan Lt-Governor  Guernesey, "...Every bit of material, apart from timber, need to build airstrips and the living quaters, and to make them secure had to be flown by helicopter, as did the plant such as bulldozers, diggers and earthmovers" (Sir Peter Le Cheminant, The Royal Air Force - A Personal Experience, hlm. 42). Peralatan berat ini di'buka' dalam beberapa bahagian sebelum diterbangkan. Sebagai contoh,"...A Ferguson tractor was successfully broken down into seven helicopter portable loads and flown into Fort Shean by WV198" (Tom Browning, The Malayan Emergency - Jungle Forts and Airstrips, Lift Off Newsletter, No 6 Summer 2008). Menurut Cheminant lagi, "...The jungle forts played a very important part in the eventual defeat of the CTs". Kenyataan beliau berlandaskan kehadiran kubu-kubu menjadi pangkalan untuk PK melancar operasi menentang PGK di kawasan pedalaman.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum, antara pasukan PDRM yang terbabit dalam Ops Bamboo ialah VAT 69. Antara kisah mereka seperti berikut...

Pasukan elit PDRM ini kerap diatur gerak ke kawasan operasi dari Lasah atau Ulu Kinta ke kawasan operasi tertentu seperti kawasan berhampiran Kubu Tapong, pos   Gob, untuk tempoh tertentu. Dalam satu operasi, bermula dengan sejumah 24 orang, anggota VAT 69 telah diterbangkan ke kawasan Kubu Tapong pada 7 Julai 1975; kubu ini  dijadikan Markas Taktikal. Kekuatan anggota bertambah kepada 93 orang selaraskan dengan tugasan memburu PGK. Satu pendaratan helikopter dibina untuk memudahkan penghantaran ulang bekal dan juga misi casevac/medevac.

Pada 28 Ogos 1975, kira-kira jam 1130, sebuah bot bersama empat orang Extra Police Constable (EPC) yang menyusuri Sungai Perak dari Grik ke Kubu Tapong telah diserang hendap. Mereka membawa bekalan untuk anggota VAT 69. Kesemua mereka telah diseksa sebelum dibunuh. Mereka yang terkorban ialah EPC 5272 Wan Marzuki Bin Wan Hassan, EPC 5247 Yeop Bin Omar, EPC 5244 Mat Alias Bin Mat Daud, dan EPC 5261 Mohd Sharif Bin Yaacob. PGK telah merampas senapang mangsa dan bekalan dalam bot tersebut.  Menurut Sjn Mej Hamzah Bin Hashim (Hamzah), patrol beliau yang diketuai oleh Inspektor Mohd Anuar Bin Md. Zain (Mohd. Anuar), telah diarah oleh Inspektor Mohd Zabri bin Abdul  Hamid (Mohd Zabri), pemangku Ketua Kompeni,  untuk menyiasat kejadian tersebut. Apabila tiba di lokasi tersebut pada 29 Ogos, mereka ditemukan  dua mayat. Menurut Mohd. Anuar, satu mayat diikat pada bot dan mereka menemui banyak tangkal apabila mereka membuka baju satu mayat tersebut  tetapi “...langsung tak ada kesan tembakan. Dia kebal. Tapi tangan dia kena ikat, dekat bot. Kena torture cukup-cukup lah kut [agak] sebelum mati” (Institut Integriti Malaysia, 2011, Warisan Darah Perwira - Sang Saka Biru (Jilid 111)Transkripsi wawancara sejarah lisan, hlm. 60). Manakala mayat seorang lagi pula dipenuhi peluru “... lebih kurang seratus sampai, lima puluh ke atas ada juga”. Mereka seterusnya telah membersihkan satu kawasan di tebing Sungai Perak berhampiran lokasi kejadian untuk pendaratan Nuri untuk mengambil kedua-mayat mayat tersebut. 

Tugasan bodevac ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kapt (U) Ismail Bin Saud. Beliau bersama kru, Lt (U) Senin Bin Jantan, dan Sjn Arumugam. Mereka telah berlepas dari Kuantan dengan sebuah Nuri, FM1703, dengan nama panggilan Gading 485, pada 29 September ke lokasi tersebut dan menurunkan kedua-dua jenazah di Gerik.

Selanjutnya, Sjn Mej Hamzah (B) memaklum dua mayat lagi dijumpai pada keesokan hari setelah mereka menyelam di sungai berhampiran dengan lokasi kejadian. Catatan Mohd Anuar mengenai kedua-dua mayat tersebut “...ada kesan peluru jugalah. Tapi ikan makan, ikan toman kut [agak]”. Jenazah tersebut diterbangkan oleh sebuah Nuri ke Gerik. Seterusnya, Mohd Annuar dan anggotanya kembali ke Kubu Tapong. 

Ikuti kisah isteri kepada EPC 5244 Mat Alias Bin Mat Daud berikut yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 2013...

Kejam sungguh PGK...Sungguh sedih

Bersambung.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Arwah bapa saya dahulu adalah kawan kepada salah seorang drpd mangsa...
Ada sekeping gambar lama mangsa yang diperolehi daripada balu mangsa selepas tragedi kejam itu dan gambar foto itu menunjukkan mangsa(arwah) sedang menyandang senjata tanpa berbaju bersama rakan2 sekerjanya sambil tersenyum memegang berjambak2 ikan kelah, tengas dan baung yang mereka tangkap yang sewaktu dahulu memang banyak terdapat disungai tersebut.
Alangkah sayangnya gambar menarik itu telah hilang entah kemana akibat kami berpindah-randah. Jika masih ada gambar foto itu, sudah pasti saya akan berikannya kepada Admin