Followers

Tuesday, April 24, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian x

Bersambung dari SINI...

Menurut Sir Donald MacGillivray, Inggeris berhadapan risiko tinggi sekiranya memilih opsyen 1. Beliau menjelaskan analisis implikasi sepenuhnya mengenai opsyen ini akan dihantar dalam masa "... 4 to 5 days to complete this."

Sebaliknya, opsyen kedua kurang risiko yang akan hadapi. Beliau akan menggunakan David Marshall untuk memujuk Tunku supaya bersetuju bahawa:

1. Sebarang persetujuan dengan Chin Peng tidak dilaksanakan selagi semua senjata diserahkan; tiada senjata disimpan dalam hutan seperti yang berlaku pada 1946.

2.  Hak menghantar pengganas ke China dikekalkan.

3.  Klausa tertentu Emergency Regulations dibatalkan tetapi klausa yang membabitkan "...to combat subversion (especially the right of arrest and detention) would be retained."

Masalahnya, bahaya yang mungkin dihadapi ialah Chin Peng mahu Tunku menetapkan tarikh kemerdekaan Malaya. MacGillavray seterusnya menyatakan bahawa "...The Chief Ministers would, of course, have to support this demand and I am afraid I would not now put it beyond Abdul Rahman to have this possibility in mind."


Alan Tindal Lennox-Boyd, 1st Viscount Boyd of Merton, by Bassano Ltd - NPG x152068"...4 to 5 days"? Terkejut berok Lennox-Boyd (kiri) bila membaca telegram MacGillivray. Dah le dia tak tahu yang Tunku dah heboh memaklumkan kepada semua yang beliau (Tunku) sedia berjumpa dengan ketua pengganas, Pesuruhjaya pula memerlukan 4 ke 5 hari untuk membuat analisis. Ni dah lawan towke! Nampak sangat tak ada 'sense of urgency.' Jadi, dia pun menghantar telegram pada MacGillivray pada 22 Okt 1955, tapi secara diplomatik le:

"I am anxiously awaiting your further appreciation promised in paragraph 4 and trust it may take less than four or five days.

2. In meantime I must tell you frankly of misgivings which your telegram has aroused. As you know, Rahman was publicly committed to meeting before I was consulted and I only agreed on clear understanding that sole purpose of meeting was to clarify the terms of the amnesty. I feel most emphatically we should stand by that. If Rahman listens to terrorists'views on other  matters this will inevitably lead to discussion of them and in effect to negotiation.

3. I know you will take above views into accounts in framing fuller appreciation which I now await." (FO 371/116941, no 69, Telegram from Mr Lennox-Boyd to Sir D MacGillivray, 22 Oct 1955).

Bersambung...

Sunday, April 22, 2018

Perginya Wira Di belakang Tabir

Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama Datuk Mocktar Mahmud Baginda sebelum membaca berita ini...

Saya rasa Chin Peng tiada dalam gambo ini. Dari kiri: Abu Samah, Mocktar Mahmud, Abdullah C.D., Abdul Rashid Mahiden (UM21.04.2018)

Sapertimana yang saya jelaskan di SINI, secara peribadi saya tidak mengenali arwah. Namun demikian, saya ralat kerana tidak dapat memenuhi hasratnya untuk bertemu dengan saya. Saya masih ingat yang beliau sedia pergi ke KL jika saya setuju walaupun di waktu itu beliau agak uzur. Apakan daya, dah tak ada rezeki! 

Sebagai siaran ulangan, apabila membaca buku ini, saya terfikir bagaimana tiba2 ada rundingan di antara Malaysia dan PKM. Buku "The Unsung Heroes" menceritakan peranan yang dimainkan oleh bos SB yang mewakili gomen semasa berunding dengan wakil Chin Peng sebelum termeterainya 
Perjanjian Damai pada 2 Disember 1989. 

Sebanyak 5 rundingan, iaitu pada 2-4 Feb 1989, 15-17 Mac 1989, 11-13 Mei 1989, 2-3 Okt 1989 & 2-4 Nov 1989 telah diadakan di antara kedua-dua pihak yang dipengerusikan oleh Jen Dato' Kitti Ratanachaya di Phuket, Thailand. Beliau ketika itu menjawat Commander Thai 5th Infantry Division dan Thai-Malaysian Combined Tasked Force. Yang bestnya, beliau telah mendokumentasikan minit mesyuarat2 tersebut dalam bukunya, "The Communist Party of Malaya, Malaysia and Thailand."
 
Sebagaimana yang dikatakan di atas, persoalannya, bagaimana secara tiba2 rundingan di antara Malaysia dan PKM diadakan? Apa cerita di belakang tabir? Pencetusnya sudah pastilah SB tetapi siapa yang terbabit selain SB? Mungkin gomen tak nak cerita di belakang tabir...mungkin juga le...entah le!

Tetapi dengan kuasa-Nya, persoalan saya terjawab apabila membaca buku ini...

Coretan terbabit boleh dibaca di SINI.

Sebagai rumusan, sumbangan Allahyarham sungguh hebat. Mana tidaknya, peranan yang dimainkannya mennoktahkan ancaman kebangkitan semula insurgensi komunis yang dihadapi oleh negara tercinta ini selama 21 tahun, 1968-1989.

Ternoktah Satu Perjuangan 

2 Disember 1989...Haadyai
Termeterai satu perjanjian
Ternoktah satu perjuangan
Tiada lagi pemburu
Tiada lagi diburu
Tiada lagi ratapan kehilangan yang tersayang
Tiada lagi siburung besi bahan buruan
Angkara peluru tidak mengenal sasaran
Baik kawan atau pun lawan
Tiada lagi kecacatan ditanggung badan
Sehingga ke akhir hayat
Angkara jerangkap samar
Inilah harga satu pengorbanan
Demi untuk negara tersayang
Tetapi...kini hanya tinggal kenangan
Tanpa sebarang penghormatan
Tanpa pengiktirafan
Apakan daya dah nasib badan
Menggadai nyawa dipinggirkan
Mengharum negara wira kebangsaan
Wahai wira-wira...darat dan udara
Pasrah hadapi alam kenyataan
Penuh cabaran bukannya khayalan
K e s i a n...!!

Dengan pemergian Allahyarham Datuk Mocktar, hasrat untuk menulis kisah INI terpaksa diKIV.

Semoga Allah menempatkan rohnya bersama para solihin...Al-Fatihah...


Related image

Thursday, April 19, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian ix

Bersambung dari SINI...

Ha...Mengapa Chin Peng nak sangat  Emergency Regulations Ordinance 1948 dimansuhkan? Macam ini le...Undang-undang ini merupakan ibu kepada Pak ISA. Dalam memonya kepada Kabinet pada 1 Julai 1948, Arthur Creech Jones, Secretary of State for the Colonies, antara lain undang-undang ini menegaskan:

"...the reimposition of the death penalty for the offence of carrying arms, and the authorities have been empowered to detain any person without trial, to search persons and building without warrant and to occupy properties. Where local conditions require, the authorities have power to impose a curfew and to control the movement of persons and vehicles." (C.P. (48)171,Cabinet: The Situation In Malaya, (Secret), 1st July, 1948).

Image result for images of Donald MacGillivrayBerbalik kepada mesyuarat di Singapura, dengan tegasnya Tunku beritahu MacGillivray no way beliau akan mengiktiraf PKM. Tetapi beliau nak  juga dengar hujah Chin Peng mengenai  points 2 hingga 5. Beliau menyedari bahawa beliau tiada kuasa untuk membuat keputusan there and then tanpa dirujuk kepada gomen Mat Saleh. Masalahnya, nak dengar points 2-5 tu pun MacGilllivray tak setuju. Dia mengingatkan bahawa Tunku dibenarkan bertemu dengan ketua pengganas hanya untuk menjelaskan terma-terma amnesty sahaja, tidak lebih dari itu.

Sudah tentu Tunku bengang! Bantahan Tunku ini dilaporkan oleh MacGillivray kepada Pak Menteri di London yang menyatakan "...the public now realise that the amnesty itself will not bring an end to the emergency and are looking to this meeting to do so; that there is growing public opinion in favour of negotiation and that he could not now go to the meeting if he were authorised merely to explain the terms of the amnesty." (C.P. (48)171). Hebat betul Tunku...Saya tabik spring pada Tunku

Sebenonya MacGillivray mengakui kebenaran apa yang dikatakan oleh Tunku tapi tak le diluahkannya secara terbuka kepada Tunku. Dalam memonya di atas, beliau melaporkan bahawa memang wujud kesedaran di kalangan rakyat terhadap laungan Merdeka. Sementara itu, walaupun amnesty dah 6 minnggu diisytiharkan, tapi sambutan dari PGK tidak memberansangkan kerana Chin Peng mengambil tindakan hukuman mati kepada sesiapa yang nak menyerah diri. Keadaan ini membuat rakyat kurang yakin amnesty akan berjaya membawa penamatan darurat yang sudah mencecah 7 tahun. Jadi tidak hairanlah mereka (rakyat) mahukan Tunku berunding dengan Chin Ping kerana ini mungkin dapat menamatkan darurat dengan kadar segera.

Dalam menghadapi dilema ini, MacGillivray mengesyorkan 2 opsyen kepada Arthur Creech Jones, iaitu:

1. Bertegas Tunku hanya dibenarkan untuk menjelaskan terma-terma amnesty sahaja. Namun demikian, beliau menjelaskan bahawa implikasi opsyen ini ialah kemungkinan Parti Perikatan akan letak jawatan daripada "...Councils at all levels." Selain itu, ia memberi gambaran bahawa Inggeris sengaja tidak berhasrat untuk menamatkan darurat, justeru menidakkan Malaya diberi kemerdekaan. Ini memungkinkan UMNO enggan bekerjasama dengan Inggeris. Sekiranya ini berlaku, sudah pasti penjajah menghadapi masalah sokongan daripada rakyat dalam usaha mereka (Inggeris) menamatkan darurat. Dalam keadaan begini, sudah pasti memberi kesan kepada morel Rejimen Askar Melayu Diraja dan Polis.

2. Membenarkan Tunku berunding dengan Chin Peng tetapi "...not (repeat not) to commit us in any way to agreement on any point." Ini bermakna depa ada kuasa mutlak sama ada bersetuju atau tidak keputusan yang dibuat oleh Tunku. Jika Tunku tidak bersetuju, kemungkinan Tunku akan meletak jawatan sebagai KM yang akan memberi gambarah bahawa "...he could could have brought the emergency to an end on terms acceptable to the public but that the British has frustrated a reasonable solution."

OK le, berhenti di sini hari ini. Bersambung...

Monday, April 16, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian viii

Bersambung dari SINI...

Chin Peng melihat mood orang Malaya berkobar-kobar untuk mendapatkan kemerdekaan. Ini betul2 memberi tekanan kepada dia. Dia juga buat appreciation mengenai perjuangannya ini. Menjatuhkan gomen secara ketenteraan mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Justeru mengapa tidak menyahut seruan 'peaceful coexistence' sepertimana yang dipersetujui di Bandung. Mengikut perkiraan Chin Peng, mereka sedia menghadapi "...five or ten years in the political wilderness. That would be acceptable. During this time we would lie low and regroup. After that, we would re-emerge to fight again - this time not with arms but within the constitutional framework - for the creation of a socialist  state." (Chin Peng, (2003), hlm. 361. Ha...itu motif sebenar Chin Peng! 

Jadi, dia pun hantar satu lagi surat dalam Bahasa Cina kepada Tunku, Tan Cheng Lok dan beberapa orang lagi pada 24 September 1955 menawarkan agar diadakan satu lagi rundingan. Surat ini dipos dari Klian Intan, Perak. Sudah pastilah surat ini mengutuk terma amnesty disamping menyarankan gencatan senjata selain menghapuskan ISA dan kerjasama di antara Parti Perikatan dan PKM untuk mencapai kemerdekaan secara aman (Nik Anuar, (1998), hlm. 14).

Kali ini Tunku setuju untuk bertemu dengan Chin Peng. Mengapa? Ha...Dia nak buktikan kepada rakyat bahawa partinya serius untuk menamatkan darurat sebelum mendapatkan kemerdekaan. Jika tidak, rakyat akan mempertikaikan manifesto Parti Perikatan. Tapi, beliau tak boleh memandai buat keputusan sesuka hati...mesti le mendapat kebenaran Inggeris. Beliau pergi berjumpa Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray. Beliau menegaskan bahawa beliau hanya nak menjelaskan terma2 amnesty. Beliau hanya setuju terhadap gencatan senjata sekiranya Chin Peng sedia menyerah diri selari dengan terma amnesty.

Apa pula pandangan Inggeris? Tunku ni betul2 membawa masalah kepada gomen the Queen. Jika tak benarkannya bertemu ketua pengganas yang paling dikehendaki, Tunku akan hebahkan bahawa Inggeris sengaja nak darurat berterusan dan ini secara tidak langsung melengahkan kemerdekaan. Jadi, Donald MacGillivray bertemu dengan Tunku pada 18 Oktober diikuti mesyuarat di Singapura pada 19 Oktober. Mesyuarat di Singapura ini turut dihadiri oleh Scott, Sir Robert Black (Governor Singapura), David Marshall (Ketua Menteri Singapura), Jen Bourne dan MacKintosh. Dalam menyuarat ini, Tunku menjangkakan bahawa Chin Peng akan membangkitkan soalan2 berikut (FO371/116941, Telegram from Sir Donald MacGillivray to Mr Lennox-Boyd, No 67/9, 20 Oct 1955):

1. Pengiktirafan PKM.
2. Kepastian sesiapa yang menyerah diri tidak akan dihantar balik ke China.
3. Kepastian sesiapa yang menyerah diri dibenarkan aktif dalam politik dan hanya ditahan untuk satu tempoh yang singkat sahaja.
4. Anggota mereka dalam tahanan dibebaskan.
5. Emergency Regulations Ordinance 1948 dimansuhkan.

Berhenti dulu le...Bersambung, insyaAllah.

Friday, April 6, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian vii


Bersambung dari SINI...

Image result for images of chin pengApa pula respons Chin Peng? Saya pasti para pembaca boleh mengagaknya. 'No way Tunku'. Pengampunan=surrender. Mana ada surrender dalam istilah komunis! Chin Peng dah sedia maklum tentang amnesty awal2 lagi. Malahan sebelum pilihan raya lagi, pada 1 Mei 1955 dia telah menghantar surat kepada gomen untuk membincang gencatan senjata dan penglibatan PKM dalam pembangunan negara selepas merdeka nanti. Dia menandatangani surat tersebut mengguna nama Wu Xing.
Halaman 1 surat Chin Peng@Wu Xing@Ng Heng. Sumber: Ching Peng, hlm. 362. Harap ada para pembaca menterjemahkannya. Terima kasih. 

Apa respons Inggeris, Parti Perikatan dan juga Parti Negara yang diterajui oleh Dato' Onn Jaafar terhadap tawaran ketua pengganas ini? No way Chin Peng.

Berbalik kepada amnesty, Tunku turut membuat dua pengumuman mengenai pengampunan ini melalui Radio Malaya. Beliau berhujah bahawa tawaran ini dibuat oleh Parti yang dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya dan bukannya oleh penjajah. Beliau juga menjelaskan bahawa mereka akan ditahan untuk tempoh yang pendek dan mereka perlu buang jauh2 ideologi komunisme (di SINI). Selain itu, Tunku dan menteri2nya kerja kuat betul. Mereka menjelajah seluruh Malaya dalam usaha menggalakkan gerila komunis menyerah diri.

Dengan tawaran amnesty ini, Chin Peng mengetatkan disiplin dan memberi amaran kepada soldadu2nya yang mempunyai nawaitu untuk menyahut tawaran itu bahawa mereka akan dikenakan tindakan...kebiasaannya dihukum mati!

Jadi tak heranlah respons taklah memberangsangkan. Ada le beberapa gerila komunis yang mengambil tawaran ini dari pelbagai kaum, iaitu Cina, India dan Melayu. Antara gerila Melayu ialah Ahmad Saleh, anak kepada ahli Dewan Undangan Pahang yang menyerah diri di Kota Baru. Selain itu, Sulaiman Ibrahim bersama 6 orang gerila Melayu juga menyerah diri.

Apa2 pun, tawaran Tunku ini membuatkan Chin Peng serba salah. Mana tidaknya! Tunku dalam manifestonya menyatakan Parti Perikatan akan memperjuangkan untuk mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun, iaitu 1959. Malah sekarang ini pun, basically rakyat Malaya turut terlibat dalam mentadbir negara dengan Tunku sebagai Ketua Menteri. Jadi, bagaimana Chin Peng nak meyakinkan rakyat bahawa mereka berjuang untuk membebaskan Malaya daripada genggaman penjajah Inggeris? Selain ini, seperti yang dinyatakan sebelum ini, dia juga menyedari bahawa Rusia dan China perjuangannya hanya sia2 saje. Jangan lupa juga, kata le apa pun, sebenonya dia dah 'kalah' sehingga terpaksa melarikan diri ke selatan Thai.

La...banyak lagi. Bersambung....

Friday, March 30, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian vi

Bersambung dari SINI...

Tapi, pada Jun-Jul 1955 gomen buat u-turn mengenai amnesty. Mengapa? Kerana keadaan serantau telah mula berubah!

Perancis yang menjajah Indo-China tidak dapat bertahan dengan kebangkitan rakyat negara-negara tersebut untuk melepaskan diri dari cengkaman penjajah. Penjajah ini terpaksa mengucapka sayonara kepada koloninya, Cambodia, Laos dan Vietnam setelah menandatangani "The Geneva Conference" pada 20 Julai 1954. Menurut laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, "The Conference takes note of the declaration of the Government of the French Republic to the effect that it is ready to withdraw its troops from the territory of Cambodia, Laos and Viet-Nam" (SINI). (Conference ini menyaksikan kewujudan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan yang akhirnya tercetusnya Peperangan Vietnam). Kuasa besar seperti Perancis pun boleh kalah kepada komunis!

Kejayaan komunis ini membimbangkan Inggeris. Ini disuarakan oleh Malcolm MacDonald, Commissioner-General untuk Asia Tenggara dalam telegramnya kepada Foreign Office, London pada 27 Mac 1954 yang menyatakan:

"...It would be greatly to our disadvantage if the subject of Malaya was discussed or even raised, since this could easily be misinterpreted as an indication that the  Malayan Communists constituted a real nationalist movement in revolt against a Colonial regime rather than a Communist conspiracy of alien inspiration. It would therefore be best to refuse all discussion of the subject" (Telegram from Mr. MacDonald, Singapore, to Foreign Office, Geneva Conference and Malaya, (Secret), March 27, 1954. Dalam Chin Peng, My Side of History, hlm. 356).

Sementara itu, pada Ogos 1954 pula, wakil PKM ke "Council of World Democratic Youth" di Peking menyuarakan bahawa "...they are willing to undertake peace talks to bring the Malayan war to an end..." (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 8).

Selain itu, Tok Wan kepada komunisme, Russia dan China mula menunjukkan "kelembutan" dalam menyebar ideologi komunisme. Ini terbukti dalam Final Communique Persidangan Asia-Afrika di Bandung pada April 18-24 di Bandung yang menyatakan bahawa "The Conference declared its full support of the principle of self-determination of peoples and nations as set forth in the Charter of the United Nations and took note of the United Nations resolutions on the rights of peoples and nations to self-determination, which is a pre-requisite of the full enjoyment of all fundamental Human Rights."(di SINI).

Rumusan Persidangan ini ialah:

- the decolonisation and emancipation of the peoples of Africa and Asia;
- peaceful coexistence and economic development;
- non-interference in internal affairs.

"Decolonisation" begitu taboo pada Inggeris. Dalam notanya pada 18 November 1954 sebelum Persidangan Bandung, George Crombie dari Commonwealth Relations Office menegaskan bahawa topik "anti-colonial" sudah pasti akan dibincangkan oleh bekas-bekas koloni Mat Saleh ini, seperti Pakistan dan India. Beliau menegaskan "...Anti-colonialism is such an obsession with, for example, Nehru, that it might even be unwise to approach him with counsels of moderation...". Untuk menyanggah ke'liatan' Inggeris memberi kemerdekaan kepada lain-lain koloni, termasuk Malaya, Crombie menegaskan bahawa "...our Colonial policy is to foster self-government by stages through democratic forms;..." (di SINI).

Gomen Mat Saleh di Malaya jadi serba-salah. Pilihanraya dah ditetapkan pada 27 Julai 1955 dan Parti Perikatan menjadikan ungkapan MERDEKA sebagai platformnya. Mat Saleh perlu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mengambil tindakan sedaya upaya untuk menamatkan darurat sebelum memberi kemerdekaan. Nak tak nak...terpaksa bersetuju le dengan cadangan Parti Perikatan untuk mengisytihar amnesty kepada gerila komunis.

Sebelum itu, Jawatankuasa Pengarah Operasi punyalah berbincang tentang terma-terma yang ditawarkan. Ia mestilah menarik terutama kepada soldadu2 PGK. Tunku tidak setuju dengan perkataan "detention" yang dicadangkan oleh British Cabinet Defence Committee, sebaliknya beliau mahukan "investigation". Setelah dipersetujui oleh semua pihak terbabit, terma-terma pengisytiharan meliputi:

1. Those of you who come in and surrender will be prosecuted for any offence connected with the Emergency, which you have committed under Communist direction,either before this date or in ignorance of this declaration.

2. You may surrender now and to whom you like including to members of the public.

3. There will no general 'cease fire' but the security forces will be on alert to help those who wish to accept this offer and for this purpose local 'cease fire' will be arranged.

4. The Government will conduct investigations on those who surrender. Those who show that they genuinely intent to be loyal to the Government of Malaya and to give up their Communist activities will be helped to regain their normal position in society and be re-united with their families. As regards the remainder, restrictions will have to place d on their liberty but if any of them wish to go to the China their request will be given due consideration (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 12).

Pada 8 September 1955, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, mengisytiharkan pengampunan.

Risalah Pengampunan yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman & (Bourne?) Harap ada yang sedia menterjemahkan kandungan risalah ini. Terima kasih

Image result for images of amnesty leaflets during malayan emergency
Pas Keselamatan yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman

Kempen memaklumkan gerila komunis dilaksanakan melalui pengguguran berjuta-juta risalah oleh pesawat dan juga penggunaan pembesar suara yang dipasangkan kepada pesawat.

Pesawat RAF Valetta menggugur risalah

La....masih tak sampai ke tindakan Chin Peng...merapu pula. Tapi ini merupakan latar belakang kepada Rundingan Baling. Tak apa le....bersambung.

Sunday, March 25, 2018

Rundingan Baling: Di Belakang Tabir - Bahagian v

Bersambung dari SINI.....

Image result for images of Lt. Gen. Sir Geoffrey Bourne, Director of operations malayaPada 11 Januari 1955, Tunku pergi berjumpa Lt. Jen. Sir Geoffery Bourne, Pengarah Operasi (kiri). Beliau menyedari bahawa PKM tidak akan menerima tawaran pengampunan ini. Beliau memaklumkan kepada Bourne bahawa objektifnya adalah untuk meyakinkan rakyat yang beliau membuat sesuatu untuk mendapatkan kemerdekaan. Beliau juga menyedari rundingan secara bersemuka dengan PGK mungkin tidak berlaku (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 4).

Hasil pertemuan ini, Jawatankuasa Pengarah Operasi telah bersidang pada 17 Januari untuk membincang saranan Tunku. Turut hadir ialah  H.S. Lee (wakil MCA). Lee dari mula lagi begitu teruja dengan cadangan ini yang diumumkan pada awal Januari. Malah, beliau sedia masuk hutan untuk bertemu dengan Chin Peng sepertimana yang diperakui oleh bos PKM itu sendiri, Chin Peng (Chin Peng, 2003), alias Chin Peng: My Side of History, Singapore: Media Masters, hlm. 353).

Semasa mesyuarat ini, Tunku dikehendaki menjelaskan apa yang dimaksudkan 'pengampunan' yang disarankan olehnya; adakah 'amnesty' atau 'armistice'? (Amnesty ialah "...an official pardon" sementara armistice ialah "...a formal agreement for general cessation of hostilities." Setelah berbincang, jawatankuasa menegaskan bahawa publisiti pengisytiharan ini dihentikan kerana ia menjejas kempen semasa yang menggalakkan gerila menyerah diri dan isu ini adalah isu gomen dan bukannya parti. Dengan kata mudah, gomen mat saleh tidak setuju! Namun begitu, gomen bersetuju untuk menubuhkan 'working party' untuk meneliti semua aspek implikasi amnesty. Working party ini dianggotai oleh pegawai staf Bourne, Setiausaha untuk Pertahanan, wakil Peguam Negara, Tunku, Lee dan V.M. Menon dari Parti Negara.

Keputusan mesyuarat diumumkan kepada rakyat jelata:

"The question of an amnesty was very fully discussed in every respect at the Director of Operations Committee today. It was unanimously agreed that a general amnesty should not be offered, but that the present surrender policy, which embodies a very considerable measure of amnesty should continue, and increased efforts should be exerted to bring it to the notice of the rank and file of the terrorists, so that more may be induced to follow the lead of the 1,500 who have already surrendered. It was also agreed that the matter should be kept constantly under review so that policy can be hastened by greater or lesser measure of amnesty" ((Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 5).

Walaupun usulnya ditolak, namun ianya tidak mematahkan semangat Tunku. Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, Parti Perikatan menjadikan amnesty sebagai platform dalam manifesto untuk pilihanraya pada Mei 1955. Manifesto ini  menegaskan "...To end the Emergency as soon as possible by offering a general amnesty and, if that fails, to mobilise all our resources and seek all foreign aid to increase the vigour and intensify of the fight against the terrorists" (Nik Anuar Nik Mahmud, hlm. 5).

Apa pula pandangan Chin Peng mengenai tawaran pengampunan ini?

La...masih banyak lagi. Rasanya bersambung lagi le....insyaAllah.